Tuesday, November 13, 2012

Holiday! Holiday!


Hello semua... Cuti sekolah ni pergi mana? Takkan duduk kat rumah je? :)

Tiera pulak akan bercuti ke Cameron Highland, Pahang dengan family dalam masa terdekat ni..
Sebelum pergi tiera dah usha-usha tempat yang menarik untuk di kunjungi disana.. Bukan tak pernah pergi tapi dah lama tak pergi so segala memories dah hilang dalam kepala ni... Sebab time pergi Cameron Highland dulu tiera masih lagi kecikkk dalam lingkungan 3-5 tahun macam tu, sebab tu nyanyuk! Hak3
Jom kita tengok tempat-tempat menarik di Cameron Highland!

TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

Gunung Brinchang
Merupakan gunung tertinggi di Cameron Highlands dan jika anda berada di kemuncaknya, anda boleh melihat pemandangan yang panoramik . Ia juga merupakan jalan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2000 meter.

Taman Rama-rama Ladang Kea , Brinchang.
Terdapat dua taman kupu-kupu di tanah tinggi iaitu Ladang rama-rama dan Taman Rama-rama. Kepada yang meminati kecantikan rama-rama memang rugi kalau tak datang ke sini.

Honey Bee Farm
Honey Bee Farm merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik kerana ia satu-satunya tempat menternak lebah secara komersil yang terdapat di Brinchang. Di kawasan ini terdapat berpuluh-puluh kotak menternak lebah yang di letak dibawah pokok berpagar dan dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga. Di Honey Bee Farm juga para pengunjung boleh mendapatkan madu lebah asli serta mengetahui khasiat sebenar madu lebah.

Ladang Teh Boh, Jalan Boh Habu Ringlet Keindahan Ladang Teh yang terletak di jalan berliku sepanjang 6 km melepasi kebun sayuran. Pelawat boleh melawat kilang sambil menikmati secawan teh Boh di kedai teh.

Ladang Teh Sungai Palas
Panoramik indah ladang teh yang di buka kepada pelawat untuk melihat kilang, kedai teh dan pusat pandang dengar. Terletak di sepanjang jalan Gunung Brinchang. Belok ke kiri selepas Butterfly Farm dekat Equatorial Hill Resort.

Ladang Sayur-sayuran
Ladang Sayur Sayuran Ringlet ke Kampung Raja Terdapat banyak kebun sayur di merata Cameron Highlands. Yang menarik untuk dilihat ialah disepanjang jalan Ladang Teh Boh di Habu dan dalam kawasan Kebun Kea di sekeliling Hotel Equatorial selepas Brinchang.

 Ladang Strawberi
 
Itu sahaja yang dapat tiera infokan kepada korang.. Kalau nak yang lain boleh search En. Google .. Hak3! Tiera pon curik-curik dari En. Google jugak .. ( Tiera dapat info from Sini dan Ini )

So kepada sesiapa yang nak pergi holiday ke Cameron Highland.. Tiera harap entry kali ni dapat sedikit sebanyak membantu anda..  <3..Bai..Bai.. <3
 

No comments: